Monday, August 1, 2011

Ramadhan vs Ekonomi

2 Ogos 2011, Merupakan hari kedua umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa. Semalam kami sekeluarga ke pasar ramadhan yang terbesar di daerah ini. Namun ianya bukan seperti yang dijangkakan. Agak lengang dan banyak gerai yang tiada penjual. Adakah kerana kesan kemelesetan ekonomi yang melanda negara baru-baru ini ataupun masyarakat kita tidak lagi ghairah untuk berbelanja di bulan ramadhan?

Bagi saya, ianya seolah-olah menunjukkan bahawa keadaan ekonomi masyarakat kita semakin tidak stabil dimana kita boleh melihat masyarakat kini agak sukar berbelanja dan lebih suka berjimat cermat. Ini terpaksa dilakukan kerana kebanyakan harga barangan keperluan naik mendadak dan purata kenaikan harga barangan adalah lebih kurang 10 %. Perkara ini boleh dilihat berikutan kenaikan harga kuih muih yang dijual di pasar ramadhan pada tahun ini berbanding tahun lalu. Harga sebungkus air kelapa muda pada tahun lepas ialah RM 2 dan pada tahun ini naik kepada RM 3. Murtabak pada tahun lepas RM 2 naik kepada RM 2.50 hingga Rm 3 pada tahun ini. Yang dinyatakan adalah contoh beberapa kenaikan harga kuih muih yang tidak dapat dielakkan kenaikan harganya kerana kos bahan mentah yang semakin meningkat.

Bebanan ini digalas oleh masyarakat yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah. Jurang perbezaan antara golongan mewah dan golongan sederhana dan rendah ini dapat dilihat semakin jauh dan ini menunjukkan penindasan dan ketidakstabilan ekonomi negara kini.

No comments:

Post a Comment