Tuesday, August 9, 2011

Murid ku....

Semua pandang pelik bila aku bawak masuk laptop dan amik gambo mereka.....
Mula la macam-macam soalan ditanya mereka.....
Ni kelas tahun 2... umur 8 tahun.....
Tu pun ada lagi yang tak pose....
Budak-budak ni... sebenonye pandai......
cuma kadang-kadang tu nakal sket.... dan boleh jadi out of control kalau bagi muka sangat....
Method yang selalu aku buat untuk kawalan kelas..... buat sistem pemarkahan mengikut kumpulan.... kalau kumpulan tu menunjukkan prestasi yang baik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu, maka ganjaran seperti balik awal atau rehat awal akan diberikan namun kalau kumpulan tidak menunjukkan disiplin yang baik, peneguhan negatif seperti dibenarkan rehat lebih lewat atau denda pulang lewat akan diberikan.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan vs Ekonomi

2 Ogos 2011, Merupakan hari kedua umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa. Semalam kami sekeluarga ke pasar ramadhan yang terbesar di daerah ini. Namun ianya bukan seperti yang dijangkakan. Agak lengang dan banyak gerai yang tiada penjual. Adakah kerana kesan kemelesetan ekonomi yang melanda negara baru-baru ini ataupun masyarakat kita tidak lagi ghairah untuk berbelanja di bulan ramadhan?

Bagi saya, ianya seolah-olah menunjukkan bahawa keadaan ekonomi masyarakat kita semakin tidak stabil dimana kita boleh melihat masyarakat kini agak sukar berbelanja dan lebih suka berjimat cermat. Ini terpaksa dilakukan kerana kebanyakan harga barangan keperluan naik mendadak dan purata kenaikan harga barangan adalah lebih kurang 10 %. Perkara ini boleh dilihat berikutan kenaikan harga kuih muih yang dijual di pasar ramadhan pada tahun ini berbanding tahun lalu. Harga sebungkus air kelapa muda pada tahun lepas ialah RM 2 dan pada tahun ini naik kepada RM 3. Murtabak pada tahun lepas RM 2 naik kepada RM 2.50 hingga Rm 3 pada tahun ini. Yang dinyatakan adalah contoh beberapa kenaikan harga kuih muih yang tidak dapat dielakkan kenaikan harganya kerana kos bahan mentah yang semakin meningkat.

Bebanan ini digalas oleh masyarakat yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah. Jurang perbezaan antara golongan mewah dan golongan sederhana dan rendah ini dapat dilihat semakin jauh dan ini menunjukkan penindasan dan ketidakstabilan ekonomi negara kini.

Aku dan Dato' Shabery Chik

30 Julai 2011.... Kejohanan Tae Kwon Do Terengganu dan Jemputan Kebangsaan (ITF) telah diadakan di Kemaman, Terengganu.
Saya bertugas sebagai salah seorang pengadil kejohanan. Kejohanan dirasmikan oleh dato' Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen Kemaman.
Kejohanan bermula jam 8 pagi dan tamat hampir jam 11 malam.
Teramat letih semasa bertugas... namun banyak pengalaman dan dapat bertemu dengan rakan-rakan yang baru. Suatu pengalaman yang amat berharga dan amat bermakna buat saya.
Tahniah diucapkan kepada Persatuan Tae Kwon Do (ITF) Terengganu kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya.

Salam Perkenalan....

Assalamualaikum....
Salam sejahtera....
Salam satu Malaysia.......

Blog ini cuma sebagai satu catatan kisah kehidupan aku sebagai seorang guru yang menjalankan tugas di negeri Terengganu tercinta.

Segala apa yang dikongsikan di sini tiada tujuan untuk menyinggung perasaan sesiapa namun mungkin sesetengahnya boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah pihak. Saya memohon kemaafan terlebih dahulu jika perkara tersebut berlaku....

Diharapkan kita akan terus dapat manafaat daripada apa yang saya coretkan di sini... Semoga kita akan terus berjaya pada masa hadapan...