Sunday, January 26, 2014

Guru,Kanak-kanak, Konstruktivisme dan Pembelajaran Koperatif



Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. 

Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini. 

Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

Tuesday, January 21, 2014

Bagaimana kaedah sifir di jari membantu amalan Pengajaran dan Pembelajaran saya di dalam bilik darjah



Sebelum saya memperkenalkan kaedah sifir di jari kepada murid-murid saya ini, pada kebiasaanya mereka agak pasif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun setelah mereka mempelajari kaedah :sifir di jari”, kelihatan mereka agak ceria dan memberi penumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran terutama dalam tajuk fakta asas darab.

            Murid-murid ini begitu teruja untuk menjawab soalan-soalan berkaitan fakta asas darab apabila saya mengadakan sesi kuiz di dalam bilik darjah. Kebanyakan murid mengangkat tangan dan meminta saya memilih mereka untuk menjawab soalan yang saya ajukan. Keadaan ini memberikan respon yang amat baik dalam meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

            Pada pendapat saya, keadaan ini berlaku kerana pada mulanya murid berasa kurang yakin dengan diri sendiri kerana tidak dapat menjawab soalan berasaskan darab. Setelah mereka dapat menguasai kaedah fakta asas darab, keadaan mula berubah di mana mereka merasakan bahawa darab merupakan sesuatu yang tidak lagi sukar. Ini membuatkan murid-murid berasa lebih yakin di dalam bilik darjah.

            Untuk membentuk suatu suasana yang aktif, keyakinan diri murid perlu dibentuk terlebih dahulu dan melalui keyakinan inilah murid akan cuba menumpukan perhatian terhadap pembelajaran seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kajian Tindakan Matematik

Aku kena buat lagi kajian tindakan untuk murid aku... 
Kajian tindakan yang dah aku buat dulu tajuknya: 

MENGGUNAKAN PERISIAN “MASTERI PECAHAN” UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 5 DALAM KEMAHIRAN MENAMBAH DUA PECAHAN WAJAR 

Kali ni aku rasa macam nak buat kesinambungan kepada kajian tindakan yang dah aku jalankan dulu... Kepada sesiapa yang berminat denga kajian yang dah aku jalankan ni, boleh hubungi aku untuk dapatkan isi kajian yang dah aku jalankan. Aku mungkin kena bentangkan kajian ni pada seminar akhir tahun ni... Jadi, aku perlu buat sesuatu yang betul-betul berkualiti. Aku kena fikir dan buat betul betul.... 

Ada cadangan boleh kongsi... terutamanya berkaitan dengan LINUS...

Monday, January 20, 2014

Kembali menulis

Sudah lama saya tidak menulis di ruangan ini. Dalam kesibukan saya akan cuba untuk kembali berkongsi pengalaman dan info berkenaan diri saya sebagai seorang cikgu untuk mendidiak anak-anak kita supaya menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Cikgu pada masa kini saya anggap sebagai pendidik. Tugas guru bukan hanya meberikan pelajaran bahkan mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang bersopan santun dan seorang manusia yang beradab dan bertamadun mengikut nilai-nilai budaya setempat. Oleh itu sebagai seorang guru, perlu menyedari bahawa diri kita merupakan suatu media untuk membawa anak-anak didik kita ke arah jalan yang mampu mebjadikan negara kita lebih cemerlang pada masa akan datang.